Pages

Ahad - 11 April 2010 Program Juara Rakyat 1 Malaysia


HPA - Melaka Halal Hub telah dipelawa oleh pihak SME Corp. Malaysia dan LimKokWing University of Creative Technology untuk bersama - sama menyertai Program Juara Rakyat 1 Malaysia dan Galeri Pembungkusan dan Penjenamaan Bergerak bertempat di Sek. Men. Seri Mahkota, Umbai, Melaka. Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hinggga 6.00 petang memberikan info yang bermanfaat kepada pengusaha - pengusaha tempatan dan diantara pengisi program bersebut adalahTaklimat Pembungkusan dan Penjenamaan oleh LimKokWing University, Taklimat khas dan sesi dialog bersama SME Corp, Tekun, MARA, Argobank, dan pelbagai Jabatan dan juga Business Matching. Program Juara Rakyat 1 Malaysia juga telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Dato’ Muhkriz bin Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah Y.B Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hj. Hamzah, Ahli Parlimen Jasin dan Y.B Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Kawasan Serkam). Dalam pada masa yang sama, HPA bersama - sama usahawan Vendor telah membuka gerai bagi mempromosikan dan memperkenalkan Melaka Halal Hub ini di mata masyarakat malah sambutannya amat mengalakkan. Usahawan - usahawan Melaka Halal Hub juga menerima peruntukkan RM 1.9 Juta daripada SME. Corp. Malaysia bagi membantu pembangunan usahawan.dan disampaikan oleh YB Dato' Muhkriz.