Pages

15 Mei 2010 - Sabtu - Lawatan Pelancong Singapore

Selesai sahaja mini Fiesta HPA -MHH pada jam 2.00 petang, Pihak HPA - MHH menerima satu lawatan ringkas daripada pelancong - pelancong dari Singapore seramai 30 orang yang tiba pada jam 5.oo petang. Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat sendiri HPA - Melaka Halal Hub dan produk - produk Halal keluaran usahawan Bumiputra. Rombongan ini berpeluang untuk membeli produk terus daripada kilang usahawan - usahawan dan merasai sendiri beberapa produk usahawan HPA - MHH. Antara Kilang usahawan vendor yang dibawa melawat adalah Grofine (M) Sdn. Bhd., dan Wan's Roaster Sdn. Bhd. Kemudiannya mereke dibawa melawat ke HPA Halal Mart bagi memberi pendedahan tentang produk -produk halal yang terdapa di dalam Melaka Halal Hub.