Pada Kuliah Perubatan Jawi Melaka Halal Hub kali ini, Tn. Hj Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA telah datang dan memberi kuliah perubatannya. Kehadiran beliau amat ditunggu- tunggu oleh semua Ahli HPA di zon Selatan. Pada masa yang sama, Pengarah Urusan juga menerima cenderahati sempena hari kelahiran beliau. Diadakan juga promosi produk daripada usahawan- usahawan Melaka Halal Hub.