Pages

Kempen Beli Barangan Malayisa peringkat Negeri melaka


Bertempat di Dewan B, MITC, Ayer Keroh, Melaka, HPA Melaka Halal Hub telah menyertai Ekspo Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Melaka. Turut sertai bersama juga Radix Fried Chicken (RFC) dimana pelbagai promosi diadakan. Alhamdullilah sambutan daripada para pengunjung yang amat menggalakkan dan dapat memperkenalkan lagi syarikat bumiputra. Kempen telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Y.B Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dan hadir bersama Y.B Datuk Hj. Md Yunus bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mewakili Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.