Pages

Perbincangan HPA, Persatuan Usahawan Melaka Halal Hub (PUMHH) bersama Argobank

HPA -Melaka Halal Hub telah mengambil pelbagai langkah untuk membantu usahawan dan mengembangkan lagi perjuangannya menerusi pembangunan Usahawan. Pada 5hb Mac 2011, HPA Industries Sdn. Bhd., Persatuan Usahawan Melaka Halal Hub (PUMHH) dan Argobank telah mengadakan perbincangan bersama mengenai kerjasama yang dapat dijalinkan bersama dalam program Anchor -Vendor ini. Bertempat di Bilik Mesyuarat Anchor, pelbagai program dan perancangan akan disusun dan InsyaALLAH dapat mengurangkan bebanan usahawan dari pelbagai aspek.