A community of manufacturing and service businesses located on Serkam Industrial Park, Melaka. The Melaka Halal Hub was officially launched on 21st June 2010 by Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Chief Minister of the state of Malacca. Initiative by the Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), thus a company - HPA Industries Sdn. Bhd. is an anchor with various Small Medium Entrepreneur (SME) - Vendor players. It can accessible via the Melaka-Muar Highway (Lebuh AMJ) toward Muar. The Melaka Halal Hub site covers an area of 134.68 acres.


Visitors


Bengkel ESP Senergi Produk Bersama Pengarah Urusan HPA


Kota Bharu Kelantan:

Bersama : Pengarah Urusan HPA (Bengkel ESP Agen Stok dan Senergi Produk)
Pada : 13hb Ogos 2011 di MGU Firdaus Hotel K. Bharu(depan Juita Inn)
Masa : 8.00 Pagi – 5 Petang dan pada sebelah malam Majlis berbuka puasa, tazkirah dan solat Terawih

HPAic, Shah Alam, Selangor:
Bersama : Pengarah Urusan HPA (Bengkel ESP Senergi Produk)
Pada : 20hb Ogos 2011 di HPAic, Shah Alam Selangor.
Masa : 8.00 Pagi – 5 Petang dan pada sebelah malam Majlis berbuka puasa, tazkirah dan solat Terawih

MHH, Serkam, Melaka:
Bersama : Pengarah Urusan HPA (Bengkel ESP Senergi Produk)
Pada : 21hb Ogos 2011 di MHH, Serkam, Melaka.Masa : 8.00 Pagi – 5 Petang dan pada sebelah malam Majlis berbuka puasa, tazkirah dan solat Terawih.

KoWAHIDA - Kekal dividen 10%


Makluman dan berita baik buat ahli koperasi KoWAHIDA. Hasil Mesyuarat Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) bertempat di HPAIC pada 6 Ogos yang lalu berjalan dengan cukup baik di mana seramai hampir 50 orang perwakilan yang hadir ke mesyuarat tersebut. Perwakilan yang hadir adalah terdiri daripada anggota-anggota Koperasi Wahida HPA bhd. seluruh Malaysia yang dibahagikan bagi wakil-wakil zon masing-masing.
Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri Perlis. Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa Ko-Wahida tersenarai dalam koperasi terbaik di Perlis dan mengucapkan tahniah kepada Ko-Wahida kerana telah dianugerahkan Koperasi Tunas Cemerlang pada Har Koperasi Negara id Putrajaya baru-baru ini.


Di samping itu, Pengerusi Ko-Wahida, En. Mohamad Faisol bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada seluruh anggota insyaAllah.

Pada mesyuarat tersebut, ahli Lembaga dan Perwakilan Ko-Wahida bersetuju mengisytiharkan dividen sebanyak 10% bagi modal saham berakhir 2010kepada anggota-anggota yang layak.

Barisan baru ALK juga telah dilantik dalam mesyuarat tersebut, 2 orang ALK lama telah digugurkan, iaitu En Ismail bin Othman dan Pn Nor Haida bte Rameli. Ahli Lembaga Ko-Wahida (ALK) yang baru yang dilantik menggantikan ALK lama yang digugurkan ialah En Harryzan bin Yaak. Barisan baru ALK ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakkan koperasi ke arah cita-cita yang lebih besar setiap anggota dan salah satunya adalah menghala tujukan koperasi ke arah pemben

tukan sebuah perbankan Islam.

(Pengerusi KOWAHIDA En Mohamad Faisol menyerahkan cenderahati kepada En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah SKM Perlis yang sudi merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan KOWAHIDA kali ke 5)

Sumber : HPA Zon Selatan & HPA.com

Sumbangan Kepada Manhal HPA


Bersempena bulan Ramadhan ini, kita tidak lupa juga Maahad Al - Insaniah (Manhal HPA) - Pusat Penggajian Islam milik HPA Industries Sdn. Bhd. yang mendidik serta mengajar anak - anak muda di dalam pelbagai bentuk kuliah penggajian bukan hanya dalam didikan agama malah ilmu - ilmu yang pendidikan dan perubat
an. Malah pelbagai aktiviti yang membina sering diadakan bagi membantu sistem pendidikan Manhal HPA anak - anak muda ini.
Justeru, sesiapa yang berkelapangan dan ingin menghulurkan apa jua bentuk bantuan bolehlah menghubungi Manhal HPA tersebut:

BAHAGIAN PENTADBIRAN
MAAHAD AL-IHSANIAH (MANHAL HPA)

NO 25 JALAN KERUING,

KAWASAN PERNIAGAAN SIMPANG AMPAT,
14100 SIMPANG AMPAT SPS,

PULAU PINANG.

MA'AHAD TAHFIZ MANHAL HPA
NO. 42 LORONG BLM 1/4, BANDAR LAGUNA MERBOK,
08000 SG. PETANI,
KEDAH


NO : 04 5871476
FAKS : 04 5888476


For inquiry / Untuk pertanyaan

Lot 125, Anchor Building, Melaka Halal Hub, Serkam, Malacca Tel : 06 - 2635200 Fax : 06 - 2636100 email : melakahalalhub@gmail.com : melakahalalhub@yahoo.com