A community of manufacturing and service businesses located on Serkam Industrial Park, Melaka. The Melaka Halal Hub was officially launched on 21st June 2010 by Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Chief Minister of the state of Malacca. Initiative by the Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), thus a company - HPA Industries Sdn. Bhd. is an anchor with various Small Medium Entrepreneur (SME) - Vendor players. It can accessible via the Melaka-Muar Highway (Lebuh AMJ) toward Muar. The Melaka Halal Hub site covers an area of 134.68 acres.


Visitors


World Halal Forum - HPA Industries Sdn. Bhd.

KE ARAH SEBUAH EKONOMI HALAL - KEKUATAN NILAI DI PASARAN GLOBAL

Dalam lima tahun terakhir, Halal telah menjadi isu global. Halal kini memainkan peranan dalam dasar-dasar kerajaan, strategi syarikat multinasional, pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), penyelidikan dan pembangunan, pemasaran dan banyak lagi. Halal mempunyai kesan yang besar dalam sektor makanan dan mempengaruhi sektor pembuatan, runcit, restoran, pelancongan dan sektor perhotelan. Halal semakin menjadi faktor dari segi kesihatan, keselamatan dan masalah kawalan label di seluruh dunia.

Pasaran Halal akan sentiasa kekal, dan ia berkembang lebih pantas dari pesaing-pesaing arus perdana yang lain. World Halal Forum, melalui sekutunya, International Halal Integrity Alliance, menyambung untuk terus membuat kemajuan yang signifikan dalam tugas yang berterusan untuk membangunkan standard-standard dan amalan terbaik untuk meningkatkan integriti seluruh rangkaian Halal.

Pada 2011, WHF akan kembali pada dasarnya untuk membawa semangat baru tentang visi kreatif dan inspirasi ke pasaran Halal yang lebih luas. Sementelah, kita memasuki dekad yang baru, kami mengenalpasti satu rumusan baru untuk sektor Halal. Dalam kata-kata Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Razak, “Kita perlu untuk berfikir melangkaui luar industri dan beralih ke rantau yang lebih luas dalam Ekonomi Halal..nilai ekonomi yang berasaskan kepercayaan, integriti dan keadilan.

Dua tunggak Ekonomi Halal ini adalah sektor produk Halal dan sektor perkhidmatan kewangan syariah. Pertemuan kedua-dua sektor yang berasaskan industri syariah ini membentuk platform ekonomi yang kukuh dan dibina di atas perkongsian nilai-nilai – nilai-nilai yang akan memainkan peranan yang semakin strategik dalam membentuk pasaran global pada dekad akan datang.
Dengan tema “The Power of Values in Global Market”, WHF 2011 akan menampilkan buah fikiran pemimpin-pemimpin dari seluruh dunia dalam pelbagai sektor arena pasaran Halal. Sesi pada WHF 2011 ini akan memfokuskan pada :

  • Konvergensi tidak dapat dielakkan dari Halal dan sektor Kewangan Islam, dan kesan ini akan mempengaruhi pada kedua-dua belah pihak selama berdekad-dekad mendatang
  • Kajian untuk meneliti bagaimana kedudukan produk yang mencerminkan nilai-nilai Halal di pasaran arus perdana
  • Menangani dengan kepelbagaian : trend yang berkaitan Halal serantau dan isu-isu di pasaran global.
  • Nilai-nilai Halal di media cetak, TV dan internet. Peranan konvensional, digital dan sosial dalam membentuk persepsi pelanggan serta memberi akses kepada 1.7 bilion pelanggan berpotensi.
  • Bagaimana bangkitnya Halal – pengembaraan mesra adalah merevolusi industri perhotelan , pelancongan dan MICE
  • Laporan kemajuan dan arah baru untuk rangkaian World Halal Forum sedunia, termasuk maklumat terkini mengenai WHF London dan projek-projek IHI Alliance.

Rangkaian WHF telah membentuk pasaran global yang berkaitan dengan Halal sejak 2006. Bagi sesiapa sahaja yang berminat pada bagaimana pasaran Halal dan industri di seluruh dunia akan membangun pada dekad-dekad yang mendatang, World Halal Forum 2011 akan membawa visi untuk dicapai.

HPA Industies Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat yang menjadi Platinium Sponsor dalam World Halal Forum kali ini.

Untuk makluman lanjut sila lawati link di bawah:

THE 6th WORLD HALAL FORUM 2011 4 - 5 April 2011

For inquiry / Untuk pertanyaan

Lot 125, Anchor Building, Melaka Halal Hub, Serkam, Malacca Tel : 06 - 2635200 Fax : 06 - 2636100 email : melakahalalhub@gmail.com : melakahalalhub@yahoo.com