A community of manufacturing and service businesses located on Serkam Industrial Park, Melaka. The Melaka Halal Hub was officially launched on 21st June 2010 by Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Chief Minister of the state of Malacca. Initiative by the Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), thus a company - HPA Industries Sdn. Bhd. is an anchor with various Small Medium Entrepreneur (SME) - Vendor players. It can accessible via the Melaka-Muar Highway (Lebuh AMJ) toward Muar. The Melaka Halal Hub site covers an area of 134.68 acres.

Visitors

22 Mei 2010 -Sabtu - Lawatan GPW Felda Sg. Koyan.


Lawatan seterusnya yang diterima daripada HPA Melaka Halal Hub adalah dari Gerakan Perkumpulan Wanita GPW Felda Sungai Koyan, Raub. Rombongan seramai 40 orang ini tiba di HPA - Melaka Halal Hub pada jam 9.00 Pagi. Antara tujuan lawatan ini adalah ingin melihat pembangunan dan proses - proses kilang yang dijalankan di Melaka Halal Hub yang masih baru di mata masyarakat. Setibanya rombongan ini di HPA - MHH, Mereka dipelawa untuk bersama - sama menunaikan solat Dhuha yang merupakan rutin harian kakitangan HPA di serata dunia. Kemudiannya dibawa ke Dewan untuk sesi taklimat ringkas mengenai HPA dan Melaka Halal Hub. Hampir kesemua rombongan amat berminat dengan kaedah perubatan Jawi yang diperkenalkan oleh Pihak HPA- MHH. Selesai taklimat tersebut, rombongan dibawa melawan ke 3 buah kilang vendor bagi melihat sendiri proses dan produk - produk yang dilakukan oleh usahawan vendor. Kilang yang dilawati adalah Wan's Roaster Sdn. Bhd., Dekota Pelangi Sdn. Bhd. dan Koko Minda Foods Industries. Selain dapat merasai produk usahawan ini, rombongan juga berpeluang membeli produk terus dari kilang dengan harga yang disediakan oleh usahawan tersebut.

For inquiry / Untuk pertanyaan

Lot 125, Anchor Building, Melaka Halal Hub, Serkam, Malacca Tel : 06 - 2635200 Fax : 06 - 2636100 email : melakahalalhub@gmail.com : melakahalalhub@yahoo.com