A community of manufacturing and service businesses located on Serkam Industrial Park, Melaka. The Melaka Halal Hub was officially launched on 21st June 2010 by Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Chief Minister of the state of Malacca. Initiative by the Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), thus a company - HPA Industries Sdn. Bhd. is an anchor with various Small Medium Entrepreneur (SME) - Vendor players. It can accessible via the Melaka-Muar Highway (Lebuh AMJ) toward Muar. The Melaka Halal Hub site covers an area of 134.68 acres.


Visitors


27 Mei 2010 – Seminar “Pembiayaan Usahawan”, Lawatan “Return to Work” & Lawatan Y.B Datuk bersama Sidang Media.


Seminar usahawan HPA-Melaka Halal Hub diteruskan, kali ini dengan tajuk “Pembiayaan Usahawan”. Seramai 40 orang peserta telah menyertai seminar ini yang terdiri daripada Usahawan Vendor dan usahawan luar. Taklimat yang disampaikan oleh Pihak SME Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Argobank mengenai perkhidmatan dan produk masing –masing kepada peserta. Pada masa yang sama, satu lawatan “Return to work” dibawah PERKESO dan Kementerian Sumber Manusia hadir dan mengikut serta dalam seminar tersebut. Lawatan seramai 9 orang tersebut juga terdiri daripada beberapa orang kurang upaya (OKU) dimana meraka akan menjalani praktikal ringkas di HPA Melaka Halal Hub ini. Semasa seminar berlangsung, pihak HPA Melaka Halal Hub juga telah menerima Lawatan Ringkas daripada Y.B Datuk Hj. Md Yunus bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Y.B Datuk Zainal Abu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Pegawai-pegawai kerajaan dan Sidang media daripada Astro Awani dan akhbar. Lawatan Yang Berhormat juga berpeluang untuk menemuduga beberapa usahawan Vendor HPA-MHH iaitu Wan’s Roaster Sdn Bhd, Grofine (M) Sdn. Bhd. Dan Koko Minda Foods Industries dan melawat ke HPA Halal Mart untuk melihat produk HPA-MHH ini.

For inquiry / Untuk pertanyaan

Lot 125, Anchor Building, Melaka Halal Hub, Serkam, Malacca Tel : 06 - 2635200 Fax : 06 - 2636100 email : melakahalalhub@gmail.com : melakahalalhub@yahoo.com